Social Icons

Pages

Sunday 9 September 2012

TIPS MENJADI BAPA HEBAT


Bapa memainkan peranan yang terpenting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Bak kata pepatah " kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa membawa bahagia ". Bapalah tonggak keluarga. Dia juga pemimpin dan imam di dalam sesebuah keluarga.

Seorang bapa haruslah mempunyai wawasan untuk mencorakkan masa depan keluarga berlandaskan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.Sebelum menjadi bapa yang berjaya, seseorang itu perlulah mempersiapkan dirinya dengan beberapa perkara yang penting iaitu ramuan untuk menjadi bapa hebat..
  • Seorang bapa itu perlulah menguasai pelbagai bidang ilmu dan juga berhikmah.
  • Memelihara ahklak dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada anak-anak dan isteri.
  • Memelihara akidah dan juga ibadah.
  • Menjaga keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
  • Mempunyai pelbagai kemahiran dan sentiasa membina kemahiran baru.
  • Sentiasa berfikiran positif dan sabar dalam setiap ujian yang melanda.
  • Sentiasa bertanggungjawab kepada keluarga.
  • Berperanan dan peka kepada apa yang berlaku dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text