Social Icons

Pages

Wednesday 12 September 2012

ALAMAK...AKU TERLUPA TUTUP ZIP SELUAR!!



Assalamualaikum,

Guys semua...pernah tak korang mengalami situasi di mana anda tertidur selepas makan tengahari. Pastu, anda ada kelas pulak pukul 3 petang..Anda jaga-jaga je...alamakk!!! dah pukul 2.45 petang, anda ada 15 minit sahaja untuk solat, bersiap-siap dan gerak ke kuliah.. Pulak tu, lacturer yang mengajar petang tu adalah lacturer yang paling garang di alam semesta.

Punyelah gelabah anda bersiap dan memecut kereta anda dengan kelajuan maksimum kuasa kuda tanpa menoleh ke belakang lagi.. Sampai-sampai saja di kelas anda pon mencari tempat duduk. Waktu tu lacturer yang garang tadi telah sampai. Maka, anda pon dipanggil.. "Hey, u with red shirt...why u come late? came and seat here!!".. Anda pon berjalan dengan tersipu-sipu malu ke depan....

Dengan tidak semena-mena rakan-rakan anda tak kira melayu cina, lelaki dan wanita tergelak dan berbisik-bisik... Anda hairan...Anda musykil.. Anda pelik... "knape dengan deorang ni? ape yang lucu sangatnye.. ermmm..bialah, mungkin aku hensem sangat kot harini..sume orang nak jeles"

Anda pon duduk di sebelah lacturer tersebut jauh dari rakan-rakan anda....Anda terus belajar seperti biasa. Semasa dalam kuliah, anda tiba-tiba dipanggil oleh lacturer untuk lead segment senaman ringan di hadapan.. Semuanya disebabkan oleh beberapa orang sahabat anda yang tertidur di dalam kelas, angkara aktiviti malam yang terlampau.

"Ok guys, renggangkan pinggang, bukak kaki, gelek sikit... one, two, three, four.. kiri pulak, one, two, three, four.."

"Hahaha"... Rakan-rakan anda ketawa kecil dan ada yang menahan ketawa..."Ape yang tak kena ni?" puas anda fikirkan.. "lantaklah..."... Kawan-kawan anda hanya mampu tersenyum dan ada yang menutup mata.. Semuanya takut untuk bersuara.. Takut ditengking lacturer garang...

Akhirnya.. kelas pon tamat..... Lacturer garang telah keluar... Rakan-rakan anda memang sedang menunggu saat-saat ini..Mereka terus datang ke arah anda..." Wei mat... Zip ko tak tutup, #$@%& ko dah nak terbang tadi.."...............................................................................................................................................
"Alamak!!!.......................................................................................................................................
Perasaannya tak terkata..Sangat hebat.... Mahu terjun lombong pon ada... "Malunya.huuuuuu".... Aku nak tukar course...Waaaa....

Pengajaran daripada cerita di atas- Guys, lambat macam mana pon please double check eh..Jangan sampai jadi macam cerita di atas..Semuanya dah tak berguna, nasi sudah menjadi bubur. Sayonara..:)

2 comments:

  1. Replies
    1. Cerita di atas adalah cerita benar...:).. Hope x berulang n dijadikan iktibar.

      Delete

 

Sample text

Sample Text