Social Icons

Pages

Thursday 13 September 2012

APPLE TELAH MELANCARKAN IPHONE5




Iphone 5 telah selamat dilancarkan tadi (12/9/2012) di Yerba Buena Center for the Arts San Francisco. 
Ia lebih nipis, ringan dan mempunyai skrin yang lebih besar. Keseluruhannya, ia diperbuat daripada 'glass' dan juga aluminium.

Jurucakap Apple berkata, ia hanya setebal 7.6 milimeter dan juga seberat 122 gram iaitu 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan daripada model yang sebelumnya Iphone 4S. Skrinnya pula selebar 4 inci dan menggunakan retina display dengan 1136x640 resolution dan 326 pixel density . Apa yang bestnya, model terbaru iphone ini mempunyai sokongan 4G dan juga menggunakan cip quad-core Cortex A6 processor. Makna kata..Menang lajulah processor dia.

Model terbaru ini menggunakan perisian IOS6 dan mampu bertahan selama 225 jam standy, 8 jam bercakap, 8 jam 3G dan juga 10 jam browsing. Dari segi kamera pula, ia masih menggunkan kamera 8 MP dengan fungsi HD videos 720p dan 3 mikrofon.

Selain itu model iphone 5 ini menggunakan connector baru yang tidak compatible dengan model yang lama. Ini adalah pembaharuan terbesar model ini.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini

1) iPhone 5 launch: Apple unveils new, thinner phone

2) Apple launches iPhone 5 with 4S price tags



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text