Social Icons

Pages

Sunday 9 September 2012

BUAH BADAM BOLEH MEMBAKAR LEMAK [ TIPS KURUS ]


Tahukah anda bahawa buah badam boleh membantu membakar lemak di dalam badan kita. Pasti ramai yang tidak tahu akan fakta ini bukan?

Satu kajian telah dijalankan oleh International Journal of Obesity menyatakan bahawa memakan segenggam buah badam sehari dapat membakar 18 peratus lemak di dalam badan selama 6 bulan.Tetapi anda perlu ingat, pengambilan buah badam ini mestilah disertakan dengan diet yang sihat dan betul.. Jika tidak,memang tidak akan menjadilah..Anda jangan salahkan saya pula nanti..


Kajian itu telah dijalankan keatas sukarelawan yang telah mereka pilih. Sukarelawan itu telah dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kumpulan yang mengambil badam sebagai tambahan kepada diet mereka dan kumpulan yang tidak mengambil badam tetapi digantikan dengan makanan berkabohidrat sederhana dan mempunyai jumlah kalori yang sama selama 6 bulan. Hasilnya cukup mengagumkan di mana kumpulan yang mengambil badam dapat menghilangkan 18 peratus daripada lemak mereka dan kumpulan yang tidak mengambil badam hanya mengalami penurunan sebanyak 11 peratus.

Jum pakat-pakat beli badam lepas ni.. Semoga anda dapat mengamalkannya..inshaallah...dah kurus jangan lupakan saye ye..:)

1 comment:

  1. order badam dan biji gajus kolegenlaut.blogspot.com

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text