Social Icons

Pages

Saturday 8 September 2012

SIKSANYA SAKIT GIGI


Aduii...sakitnya gigiku..Sudah seminggu aku menderita sakit gigi akut ni..Kesakitan akan bertambah pada waktu malam....aku ingat boleh relaks-relaks lagila..tapi malam ini bagaikan menyucuk dan terasa macam jaw aku ni kena tarik je..Membe buat lawak pon aku buat muke 'seposen' je....Sakit la broo.."lu punya lawak tu tak masuk pon dalam kepala gua".

Sehingga hari ini.aku dah kena demam sekali..Mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lubang besar di gigi garhamku..Aku ni bukan apa.. takut nak jumpa doktor gigi..Dari kecil lagi aku trauma dengan doktor gigi sampaikan doktor gigi panggil aku, aku menyorok di dalam tandas.Takut punya hal... Buat malu je, padahal aku ni doktor.

Sakit rupanya gigi berlubang ni ye... Sebab apa ye aku rasa sakit sangat macam ni..haa.... aku pun buat la sedikit research..

Sebenarnya gigi manusia ni terbahagi kepada 4 bahagian


Bahagian enamel, dentine, pulp, dan cementum
Bahagian enamel ni adalah bahagian luar yang sangat keras dan terdiri daripada pelbagai mineral.Mineral utama yang membentuk enamel adalah hydroxylapatite iaitu sejenis kalcium phosphate kristal.

Bahagian ke dua pula adalah dentine yang terletak diantara enamel dan pulp. Bahagian ini terdiri daripada campuran bahan bukan organik (70%) dan juga bahan organik (20%). Bahagian ini adalah lebih lembut dan mereput dengan lebih cepat

Bahagian ke tiga pula adalah pulp yang terletak di tengah-tengah gigi.. Bahagian ini mengandungi salur darah dan juga saraf. Aku rasa lubang di gigi aku tu sudah sampai ke bahagian ini kerana hujung-hujung saraf inilah yang menjadi receptor sakit dan menghantar kepada otak..

Bahagian terakhir adalah cementum.. Fungsi dia pun lebeh kurang macam simen di mana ia memainkan peranan penting untuk memastikan periodontal ligamen melekat kuat pada gigi.. Ini amat penting untuk mengekalkan kestabilan gigi..

Ohh..baru aku tahu sekarang sebab apa gigi aku sakit sangat.. Aku rasa tiada cara lain selain daripada berjumpa dengan doktor gigi...

3 comments:

  1. yup, jumpa doktor gigi adalah pilihan yang terbaik! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...esok juga saya pergi..dah x boleh tahan dah ni.. malam ni komfem x boleh tido..xpelah, boleh update bloh banyak2..hehe

      Delete
  2. Tau x macam mana nak menghilangaka rasa takut dengan doktor gigi? ada tips? hehe

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text