Social Icons

Pages

Thursday 20 September 2012

STOP BLOGGING PORNOGRAPHY

Assalamualaikum..

Akhirnya, hari ini saya berkesempatan untuk menulis satu entry di blog ini selepas lama menyepi. Bukan apa, pegi bercuti ke Taman Negara. Lepastu sibuk dengan kelas psychy lagi.( Ceh,malas cakap jela malas, jangan nak bagi alasan).

Harini saya just nak bagi nasihat kepada rakan-rakan bloger yang ada di luar sana tu. Saya tahu, anda semua mahu menaikkan trafik ke blog anda. Anda semua mahu blog anda menjadi blog yang terkenal. Tetapi satu jelah nasihat saya..(Saya hanya menasihati) dengan rasa rendah diri saya menyeru kepada tuan-tuan yang budiman... Please la..jangan sebarkan artikel atau gambar yang bersifat pornografi... Gambar bogel, gambar separuh bogel, gambar sexy, tak kira la sama ada artis ataupun sesiapa sahaja.

Jika benar itu gambar hamba Allah tersebut, anda telah dikira membuka aibnya dan jika gambar itu hanya super impose ataupon photoshop.. Maka sangatlah durjana menyebarkan fitnah ke atas individu terbabit Harus anda ingat, pembaca material di internet ni bukan sahaja datang dari Malaysia, malah dari seluruh dunia. Sanggupkah anda minta maaf dari semua orang yang telah terlibat dengan bahan penerbitan anda itu.
Insaflah wahai tuan-tuan.Tahukah anda, selagi gambar itu beranda di blog anda, selagi itulah dosa akan mengalirlaju ke dalam buku catatan amalan anda...Sanggupkah? Banyakkah pahala kita untuk mengimbangi dosa yang banyak ini..Fikir-fikirkanlah. Saya menyeru..untuk diri saya sekali. STOP PORNOGRAPHY.

Hayatilah hadis-hadis berikut.

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text