Social Icons

Pages

Saturday 8 September 2012

KEPENTINGAN WASIAT...JANGAN ABAIKAN SEBELUM TERLAMBAT

 
Assalamualaikum,

Artikel kali ni saya ingin bercerita pula tentang kepentingan wasiat... Masih ramai yang tidak sedar, tidak tahu, dan tidak ambil peduli tentang wasiat.... Mungkin agak kasar saya katakan, orang sekarang semakin ramai yang melupakan mati. Bukankah Rasulullah telah berpesan kepada kita supaya sentiasa mengingati mati untuk menjadi orang yang lebih baik dan berjaya..

Tahukah anda Rasulullah SAW telah bersabda..

" Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan".

-Hadis Riwayat Ibnu Majah-

Apakah kepentingan berwasiat.

1) Mempercepatkan proses dalam pembahagian harta pusakan kepada waris.

Tahukah anda, jika berlaku kematian maka segala harta benda si mati akan dibekukan, sama ada duit simpanan bank, saham dan sebagannya. Surat kuasa untuk mentadbir pusaka perlu dipohon terlebih dahulu sebelum proses pentadbiran harta pusaka dapat dilakukan. Dengan adanya wasiat, surat ini dapat dikeluarkan dengan mudah dan cepat. Ia hanya memakan masa antara 4-12 bulan sahaja berbanding 2-5 tahun atau lebih tanpa wasiat

2) Dapat menyelesaikan hutang si mati dengan cepat.

Hutang merupakan perkara utama dalam kehidupan moden ini.. Saya rasa semua orang berhutang.. Sedangkan dari student lagi kita telah diterapkan dengan hutang..yelah..hutang PTPTN.. Kereta, rumah, tanah...tidak terkecuali perabot dan alat eletronik..Apabila seseorang itu meninggal dunia, adalah menjadi tanggungjawab waris untuk melangsaikan semua hutannya..

Rasulullah SAW bersabda
"Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara maranya)"

-Hadis riwayat At-Tabrani-





No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text