Social Icons

Pages

hii

hiii

Wednesday 10 July 2013

Mari Merenung Sejarah

Assalamualaikum...
Sudah dalam saya tinggalkan blog ini. Sudah hampir setegah tahun. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya berkesempatan berkongsi serba sedikit informasi di sini.

Selama beberapa bulan saya mendiamkan diri, saya terfikir untuk berkongsi sebanyak mungkin tentang ilmu-ilmu perubatan, sejarah dan agama. Saya banyak menonton dokumentari sejarah dari seluruh dunia. Jelas, sejarah masa silam menbuka mata saya untuk melihat apa yang terjadi dalam perspektif yang lebih luas dan kompleks. Tidaklah tertumpu, ataupun fokus kepada sesebelah pihak sahaja. Ingatlah, sejarah tidak dapat diubah, sesungguhnya ianya telahpun berlalu. Apa yang penting adalah bagaimana kita menilai dan mengambil pengajaran daripa sejarah itu.

Akhir kata, saya ingin tekankan sekali lagi, sejarah itu amat penting dan tidak boleh dilupakan. Jika ada silap dan salah dalam bahan-bahan yang saya tulis. Sila beri maklum balas dengan segera.

Monday 15 October 2012

Hari pertama posting Dermatology

Posting specialize ni bagi aku tak la relaks sangat. Senior-senior aku kata 'relaksla, specialize je pon, boleh enjoy'. Apa yang aku rasa, ianya lebih indah khabar dari rupa. Sibuk jugak posting ni sebab masanya amat singkat. Hanya 2 minggu diperlukan untuk menghabiskan 5 posting (dermato,radio,anes,ent dan ophtal).


Sekarang aku dah masuk pada posting ke 2 iaitu posting dermatology, posting yang paling relaks, tak perlu nak isi log book, tak perlu nak buat case write up.Tugasku setiap hari hanya pergi ke klinik dan join klinik doktor. Lepak2 tengok tv dalam klinik...ahhh...indahnya rasa. Patient pun tak ramai. Sehari dalam 4-5 orang patient je kalau hari isnin. Ape yang ultimate bestnye, dermato ni takda exam akhir posting..yeyey...seronoknye.

Tetapi malangnya, dengan pemikiran yang sedemikian, aku dah mula menjadi malas, plus baru beli i pad kan.. Bertambah-tambah la malasnye. Asyik berkepit 24 jam je dengan wife baru aku iaitu ipad.heh.. Bahanyanya.. Pada hari pertama, aku terlewat bangun..dalam mimpi aku masih mengatakan yang hari ini masih lagi ahad..cuti..cuti..sambung tidur..( jahat betul mimpi aku tu). Sedar-sedar je..alamak, dah pukul 8.10!!!



Kelas pukul 8, plus aku tak iron baju n tak mandi lagi..fuh, dengan kelajuan maksimum aku mandi dan main pakai je baju yang berkedut tu. Moto pun aku pacu dengan kelajuan jet mengalahkan kelajuan cahaya.. Laju macam mana pun, aku tetap sampai 30 minit lewat..owh..



Sesampainya aku, rase berdebar-debar mula datang...Takutnya bukan kepalang, walaupun aku tahu dr yang mengajar harini sangat baik... Tapi yelah,orang dah buat salah kan, mestilah takut. Aku pun memberanikan diri masuk ke dalam kelas, masuk-masuk sahaja, satu keajaiban berlaku, komputer dr tiba-tiba shut down dan restart, so.. Dr takdalah nak perasan bila aku masuk..feww..lega boh..heh..

Pengajarannya,walaupun posting tu relaks,tapi janganla amek ringan..kene amek berat jugak sebab bila dah jadi HO, kita kena handle semua patient dan patient tu pulak datang dengan macam-macam penyakit sama ada yang common ataupun yang pelik.

So, pasni sape-sape yang mengidamkan kulit yang cantik bolehla contact saye ye.

Till then..assalamualaikum.

Sunday 14 October 2012

Memasak dadih

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Pada hari minggu yang indah dan best ini aku dikunjungi oleh sahabatku, encik Firdaus aka pidot. Dia bercadang untuk memasak dadih dan bertanya kepada aku resepi dadih yang terlazat sekali. Aku cuma boleh beritahu yang aku pun tak pernah masak dadih, tapi kalau tak silap akulah, dadih ni senang je nak masak sebab ada jual kat kedai yang dah siap (yang segera punye).



Cara nak masak pun senang je just didihkan je air, susu cair dan gula. Bila air dah mendidih kene tutup api dia dan biarkan sejuk selama 5 minit dan masukkan serbuk dadih segera tersebut. Haaa...lepasni la part yang agak memenatkan, sebab kita kena kacau dadih tu non stop sampai dia agak-agak keras dan dah menjadi sebati. Ingat, jangan stop kacau ye sebab nanti, dadih tu akan turun bawah dan akan jadi keras kat bawah dan tak sebati. Haa...bila dah agak2 nak keras tu, biarkan dia sejuk sedikit sebelum kita masukkan dia ke dalam bekas. Dan....akhir sekali letak la dadih tu kat dalam peti..hehe..tunggu dia sejuk dan..nyum nyum nyummm.. Memang sodapp... Slurppp



Blog personal

Alhamdulillah...besyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatnya dapatlah saya berkesempatan untuk menulis semula. Mulai hari ini saya akan jadikan blog ini sebagai blog personal, ataupun lebih tepat lagi sebagai diari pengalaman dan kisah hidup seharian saya.Saya berjanji akan cube menjadikan blog ini menarik dan seronok untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Diharap, semua pembaca dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Jangan lupa follow ye.

Salam sayang untuk semua, drblogger aka Johafi


Saturday 13 October 2012

Menulis menggunakan iPad

Alhamdulillah...akhirnya cita-cita aku untuk memiliki ipad tercapai sudah...aku beli dengan menngunakan plan maxis New ipad 32 gb.Hari ini aku rasa sangat exited untuk menulis denagn menggunakan software dalam i pad ni..macam seronok pulak rasanya sebab ipad ni dah ada line internet maxis 2 gb sebulan...Lepasni boleh la aku tules blog aku ni di mana-mana saja..yeayyy...ehe

Friday 21 September 2012

ARTIS MALAYSIA BERTUDUNG LABUH



 Assalamualaikum semua,
Memandangkan sekarang ni blog Johafi sedang mempromosikan "Kempen Memakai Tudung Labuh", aku nak tayang sketla gambar-gambar artis Malaysia yang pakai tudung labuh. Memang cantik,sopan dan comel. Bagi aku lebih cantik dari tak bertudung...Sejuk je mata memandang...Korang tak teringin ke nak jadi macam deorang ni..:)




 Ni gamba Neelofa masa kat program ceramah.
 

Ni sapa lagi... Skandal aku la..kihkih..:)
 

Ni gambar linda

 
Ni gambar sape x tahu la..aku main letak je sebab dia comel..:)


 Nilah awek filem ketika cinta bertasbih. Sangat cun lah di mata aku. Walaupun dia bukan artis Malaysia tapi aku nak letak jugak.x kira..haha...:)

 Haa..ni gambar Neelofa lagi...


Irma hasmie sememangnya comel apabila bertudung. Mengancamlah!!


Angah pon nampak comel bertudung...Kehkehkeh....

PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA PENUH 2012



    Aplikasi permohonan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka sekarang.Jika anda berminat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh bagi tingkatan 1 dan juga tingkatan 4, anda boleh memohon dengan mengisi borang di laman sesawang yang disediakan. Pastikan anda memasukkan angka giliran UPSR dan PMR.
Tarikh tutup adalah pada 31 Oktober 2012.

Sila klik link di bawah untuk memohon

Aplikasi permohonan ke SBP 2012



 

Sample text

Sample Text