Social Icons

Monday, 15 October 2012

Hari pertama posting Dermatology

Posting specialize ni bagi aku tak la relaks sangat. Senior-senior aku kata 'relaksla, specialize je pon, boleh enjoy'. Apa yang aku rasa, ianya lebih indah khabar dari rupa. Sibuk jugak posting ni sebab masanya amat singkat. Hanya 2 minggu diperlukan untuk menghabiskan 5 posting (dermato,radio,anes,ent dan ophtal).


Sekarang aku dah masuk pada posting ke 2 iaitu posting dermatology, posting yang paling relaks, tak perlu nak isi log book, tak perlu nak buat case write up.Tugasku setiap hari hanya pergi ke klinik dan join klinik doktor. Lepak2 tengok tv dalam klinik...ahhh...indahnya rasa. Patient pun tak ramai. Sehari dalam 4-5 orang patient je kalau hari isnin. Ape yang ultimate bestnye, dermato ni takda exam akhir posting..yeyey...seronoknye.

Tetapi malangnya, dengan pemikiran yang sedemikian, aku dah mula menjadi malas, plus baru beli i pad kan.. Bertambah-tambah la malasnye. Asyik berkepit 24 jam je dengan wife baru aku iaitu ipad.heh.. Bahanyanya.. Pada hari pertama, aku terlewat bangun..dalam mimpi aku masih mengatakan yang hari ini masih lagi ahad..cuti..cuti..sambung tidur..( jahat betul mimpi aku tu). Sedar-sedar je..alamak, dah pukul 8.10!!!



Kelas pukul 8, plus aku tak iron baju n tak mandi lagi..fuh, dengan kelajuan maksimum aku mandi dan main pakai je baju yang berkedut tu. Moto pun aku pacu dengan kelajuan jet mengalahkan kelajuan cahaya.. Laju macam mana pun, aku tetap sampai 30 minit lewat..owh..



Sesampainya aku, rase berdebar-debar mula datang...Takutnya bukan kepalang, walaupun aku tahu dr yang mengajar harini sangat baik... Tapi yelah,orang dah buat salah kan, mestilah takut. Aku pun memberanikan diri masuk ke dalam kelas, masuk-masuk sahaja, satu keajaiban berlaku, komputer dr tiba-tiba shut down dan restart, so.. Dr takdalah nak perasan bila aku masuk..feww..lega boh..heh..

Pengajarannya,walaupun posting tu relaks,tapi janganla amek ringan..kene amek berat jugak sebab bila dah jadi HO, kita kena handle semua patient dan patient tu pulak datang dengan macam-macam penyakit sama ada yang common ataupun yang pelik.

So, pasni sape-sape yang mengidamkan kulit yang cantik bolehla contact saye ye.

Till then..assalamualaikum.

Sunday, 14 October 2012

Memasak dadih

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Pada hari minggu yang indah dan best ini aku dikunjungi oleh sahabatku, encik Firdaus aka pidot. Dia bercadang untuk memasak dadih dan bertanya kepada aku resepi dadih yang terlazat sekali. Aku cuma boleh beritahu yang aku pun tak pernah masak dadih, tapi kalau tak silap akulah, dadih ni senang je nak masak sebab ada jual kat kedai yang dah siap (yang segera punye).



Cara nak masak pun senang je just didihkan je air, susu cair dan gula. Bila air dah mendidih kene tutup api dia dan biarkan sejuk selama 5 minit dan masukkan serbuk dadih segera tersebut. Haaa...lepasni la part yang agak memenatkan, sebab kita kena kacau dadih tu non stop sampai dia agak-agak keras dan dah menjadi sebati. Ingat, jangan stop kacau ye sebab nanti, dadih tu akan turun bawah dan akan jadi keras kat bawah dan tak sebati. Haa...bila dah agak2 nak keras tu, biarkan dia sejuk sedikit sebelum kita masukkan dia ke dalam bekas. Dan....akhir sekali letak la dadih tu kat dalam peti..hehe..tunggu dia sejuk dan..nyum nyum nyummm.. Memang sodapp... Slurppp



Blog personal

Alhamdulillah...besyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatnya dapatlah saya berkesempatan untuk menulis semula. Mulai hari ini saya akan jadikan blog ini sebagai blog personal, ataupun lebih tepat lagi sebagai diari pengalaman dan kisah hidup seharian saya.Saya berjanji akan cube menjadikan blog ini menarik dan seronok untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Diharap, semua pembaca dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Jangan lupa follow ye.

Salam sayang untuk semua, drblogger aka Johafi


Saturday, 13 October 2012

Menulis menggunakan iPad

Alhamdulillah...akhirnya cita-cita aku untuk memiliki ipad tercapai sudah...aku beli dengan menngunakan plan maxis New ipad 32 gb.Hari ini aku rasa sangat exited untuk menulis denagn menggunakan software dalam i pad ni..macam seronok pulak rasanya sebab ipad ni dah ada line internet maxis 2 gb sebulan...Lepasni boleh la aku tules blog aku ni di mana-mana saja..yeayyy...ehe

Friday, 21 September 2012

ARTIS MALAYSIA BERTUDUNG LABUH



 Assalamualaikum semua,
Memandangkan sekarang ni blog Johafi sedang mempromosikan "Kempen Memakai Tudung Labuh", aku nak tayang sketla gambar-gambar artis Malaysia yang pakai tudung labuh. Memang cantik,sopan dan comel. Bagi aku lebih cantik dari tak bertudung...Sejuk je mata memandang...Korang tak teringin ke nak jadi macam deorang ni..:)




 Ni gamba Neelofa masa kat program ceramah.
 

Ni sapa lagi... Skandal aku la..kihkih..:)
 

Ni gambar linda

 
Ni gambar sape x tahu la..aku main letak je sebab dia comel..:)


 Nilah awek filem ketika cinta bertasbih. Sangat cun lah di mata aku. Walaupun dia bukan artis Malaysia tapi aku nak letak jugak.x kira..haha...:)

 Haa..ni gambar Neelofa lagi...


Irma hasmie sememangnya comel apabila bertudung. Mengancamlah!!


Angah pon nampak comel bertudung...Kehkehkeh....

PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA PENUH 2012



    Aplikasi permohonan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka sekarang.Jika anda berminat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh bagi tingkatan 1 dan juga tingkatan 4, anda boleh memohon dengan mengisi borang di laman sesawang yang disediakan. Pastikan anda memasukkan angka giliran UPSR dan PMR.
Tarikh tutup adalah pada 31 Oktober 2012.

Sila klik link di bawah untuk memohon

Aplikasi permohonan ke SBP 2012



IIUM LOVE RASULULLAH

Alhamdulillah,
Protest filem pendek yang menghina Rasulullah SAW " The Innocence Of Muslims" telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Masjid UIA Kuantan.










KEMPEN MEMAKAI TUDUNG LABUH

Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin melancarkan satu kempen iaitu, kempen memakai tudung labuh.
Khas buat kaum Muslimat, Inshaallah kita sama-sama beroleh manfaat di dunia dan akhirat




REAKSI GAMIS TERHADAP ISU FILEM "THE INNOCENCE OF MUSLIM"

REAKSI MUSLIM TERHADAP FILEM “THE INNOCENCE OF MUSLIMS”

Dunia umat Islam sekali lagi digemparkan dengan tayangan filem bertajuk “Innocence of Muslim”di laman sosial youtube. Belum pun lagi reda fenomena tarian tidak sihat “Gangnam style”, kehidupan umat Islam berterusan lagi diuji dengan filem biadap yang dihasilkan oleh Sam Bacile ini. Sam Bacile laknatullah adalah seorang warganegara Amerika Syarikat yang beragama Yahudi. Kini individu ini menghilangkan diri dan menyembunyikan identitinya setelah sedutan filemnya yang dimuatkan dalam laman youtube mengundang amarah umat Islam seluruh dunia.

Tidak cukup menghina peribadi mulia Rasulullah s.a.w dengan melukis kartun-kartun porno beberapa tahun yang lepas, kini tampil pula seorang Yahudi membikin satu filem yang tak bertamadun. Dalam filem dua jam ini, digambarkan Islam adalah agama yang kejam dan bersifat terrorist. Lebih menyedihkan adalah, Nabi Muhammad digambarkan dengan watak ‘womanizer, child molester and gay’ yang tidak layak untuk seorang nabi bersifat demikian.

Persoalannya, kenapakah penghinaan kepada Islam tidak pernah surut? Seolah-olahnya golongan Yahudi dan Nasrani ini tidak takut dengan bilangan umat Islam yang mencecah 1.5 billion di seluruh dunia. Jawapannya, kerana kita sebenarnya lemah dan kebanyakan umat Islam mengambil sikap berdiam diri dan tidak peduli. Dan juga benarlah firman Allah:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu” (Al Baqarah :120)

Bagaimana seharusnya kita bereaksi?

Rasulullah s.a.w adalah manusia yang mulia. Sebagai ummatnya, kita perlu menunaikan hak ke atas baginda iaitu memuliakannya, menjaga nama baiknya dan mengikuti sunnahnya. Para sahabat radiallahu ‘anhum telah memberikan contoh yang terbaik dalam memuliakan Nabi s.a.w sehingga mereka sanggup mengorbankan batang tubuh mereka sendiri demi melindungi baginda s.a.w.

Oleh itu, walaupun Nabi s.a.w tidak lagi bersama dengan kita pada hari ini, namun apabila peribadi Rasulullah s.a.w dihina, kita yang mengaku cintakan baginda seharusnya tampil mempertahankan kehormatan baginda.

Pelbagai usaha daripada belahan umat Islam seluruh dunia untuk membantah filem yang sememangnya mencabul agama Islam yang suci ini. Antara kebangkitan umat Islam adalah:

• Di Kota London, aktivis Islam di sana mengambil langkah mengedarkan ribuan buku yang menceritakan peribadi sebenar junjungan mulia Rasulullah s.a.w kepada penduduk di kota itu
• Umat Islam di Libya telah bangkit berdemonstrasi membantah penghinaan ke atas Rasulullah s.a.w sehingga mengorbankan nyawa seorang duta Amerika Syarikat, Christoper Stevens dan tiga lagi rakyat Amerika.
• Demonstrasi aman membantah filem ini di adakan oleh aktivis-aktivis Islam di seluruh Malaysia secara serentak selepas solat jumaat tengahari tadi

Kita patut menyokong bahkan menyertai mana-mana usaha untuk menunjukkan reaksi marah umat Islam terhadap penghinaan ini. Janganlah kita hanya berdiam diri melihat agama yang kita anuti dan cintai ini dipermain dan dihina. Bangkitlah dengan apa jua kekuatan yang kita ada, sampaikanlah bantahan kita dengan pena, suara atau apa sahaja senjata yang kita ada. Sedarkanlah rakan Muslim kita yang masih lagi tidur, yang masih lagi mabuk dalam urusan keduniaan ataupun yang sudah mati hatinya terhadap agama. Agama Islam ini mesti disucikan kembali namanya dan diletakkan di tempat yang tertinggi.

Oleh itu, kami, perwakilan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) khususnya GAMIS Pahang mengutuk sekerak-kerasnya pembikinan dan tayangan filem yang telah menghina peribadi mulia Rasulullah s.a.w ini. GAMIS Pahang menyeru semua mahasiswa mahasiswi khususnya yang berada di Pahang untuk sama-sama menzahirkan bantahan kepada filem ini. Moga dengan ujian yang melanda umat Islam hari ini lebih meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Allahumma solli ‘ala Muhammad.

-Majlis Dakwah Gamis-
15 September 2012
Ini adalah artikel yang telah diterbitkan oleh Majlis Dakwah Gamis berhubung isu ini.

Alhamdulillah, perhimpunan aman di masjid UIA Kuantan telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi (selepas solat Jumaat). Perhimpunan tersebut telah berjaya membangkitkan semangat juang menentang penghinaan terhadap Rasulullah dan kesedaran betapa gigihnya usaha musuh-musuh Islam untuk melemahkan dan menghancurkan Islam dari muka bumi ini.Beberapa orang polis telah hadir dan tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Thursday, 20 September 2012

AKSI TERHEBAT SEORANG STUDENT

Sudent life ni penuh dengan pancaroba. Resepinya adalah kesabaran disulami usaha gigih. Student life di mana-mana sama sahaja konsepnya, kuliyah, stadi, research, exam. Dalam stress-stress belajar ni, jum kita tengok 2 gambar student yang super cool.


Nilah skill tidow di libry yang paling hebat dan cool. Anda pernah buat x skill macam ni? kalau pernah sila angkat keyboard..:) hehe


Ni pulak cara meniru (anta msg kat membe) yang paling creatif. Memang susah nak kantoi ni.hahha.. x terfikir plak aku ada orang ley buat cmni..:)

PROTES FILEM PENDEK " INNOCENCE OF MUSLIM" DI UIA KUANTAN

Sekarang ni kecoh tentang isu filem pendek yang bertajuk Innocence of muslims yang telah dibuat oleh Alan Roberts, Nakoula Baseley Nakoula dan Propaganda Islamphobia. Bagi saya, ini adalah satu rancangan jahat puak-puak anti Islam. Dalam filem tersebut jelas menghina Islam dan juga junjungan mulia kita, Nabi Muhammad.

Wahai sekalian umat Islam, jika kita cintakan agama suci kita, dan jika kita cintakan Nabi kita, ayuhlah buat sesuatu, janganlah hanya mendiamkan diri. Membisu.... Suarakan protes kita terhadap filem tersebut.Ayuh semua hadir ke masjid UIA Kuantan, Indera Mahkota.

Akan diadakan protes dan juga ucapan daripada pensyarah dan juga wakil pelajar.
Ingat tarikhnya. Jumaat, 21 hb 9, di Masjid UIA Kuantan selepas solat Jumaat..


SIAPAKAH HELIZA HELMI DI HATIKU?



Nilah gambar awek gua..Cik Heliza..hehe...Gurau saja..Gua cuma berangan je..:)

Comel kan dia? Dalam banyak-banyak artis kat Malaysia ni (tak termasuk Korealah) gua paling minat kat awek ni lah.Seorang wanita yang bernama Nur Heliza Binti Helmi.

Dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Taiping, Perak. Ibunya Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Beliau seorang yang pendiam tetapi petah apabila berkata-kata.

Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dalam bidang Ijazah Sains Pendidikan (Biologi & Kimia).



Pendidikan

Tahun Sekolah/Institut

-Sekolah Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu, Terengganu.

-Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
1999 -Teacher Methodist Girls School, Taiping Perak
2000-2003 -SM Convent St. Ursula
2004-2005 -Labuan Matriculation College
2005- May 2010 -Degree Education in Science (Biology & Chemistry) of Universiti Malaysia Sabah

P/s: Ni aku copy dari wiki.. :)

Aku xdalah sampai nak mengaku Heliza ni kawan baik aku, gf,tunang atau sebagainya macam sesetengah orang buat. Bagi aku nampak macam mencari populariti murahan.. Aku just cakap aku minat je..hehe.. Calo..

IPOD TOUCH 5 MENGANCAM

Assalamualaikum..

Sejak bermulanya sem baru ni, aku tengok makin galak kawan-kawan aku membeli gadget-gadget terhebat di pasaran. Waktu di dalam kelas, masing-masing semua smartfon ataupun gadget di tangan. Masing-masing bertwitter dan ber fb. Kadang-kadang jeles jugak aku rasa. Bilalah aku boleh bli gadget ni. Bestnye kalau aku ada satu.

Aku pon mulalah mengusha gadget-gadget di pasaran, nak tengok yang mana sesuai dengan aku. Bagi aku yang penting mestilah murah (mampu milik) dan juga berprestasi tinggi. Usha punye usha, aku pon berminatlah dengan ipod touch 5 ni sebab kawan aku yang pakai ipod touch 4 cadangkan kat aku supaya membeli ipod. Dia kata ipod ni murah, kecil (senang nak bawa ke mana-mana) dan laju. Tapi, dia cuma takda fungsi telefon , yelah kalau nak telefon bli iphonelah.

so,aku nak share la spesifikasi die kat sini...

Height: 4.86 inches (123.4 mm)
Width: 2.31 inches (58.6 mm)
Depth: 0.24 inch (6.1 mm)
Weight: 3.10 ounces (88 grams)1

Wireless
  • 802.11a/b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz and 5GHz)
  • Bluetooth 4.0
  • Maps: Location-based service4
  • Nike+ support built in5
 Display
  • 4-inch (diagonal) widescreen display with Multi-Touch IPS technology
  • Retina display
  • 1136-by-640-pixel resolution at 326 pixels per inch
  • 800:1 contrast ratio (typical)
  • 500 cd/m2 max brightness (typical)
  • Fingerprint-resistant oleophobic coating
Camera
  • 5-megapixel iSight camera
  • Autofocus
  • Tap to focus video or still images
  • Backside illumination
  • Hybrid IR filter
  • Five-element lens
  • LED flash
  • ƒ/2.4 aperture
  • Face detection
  • Panorama
  • HDR
  • HD video recording (1080p) up to 30 frames per second with audio
  • FaceTime HD camera with 1.2MP photos and HD video (720p) up to 30 frames per second
  • Video stabilization
  • Tap to control exposure for video or stills
  • Photo and video geotagging over Wi-Fi
  • Ps: Bagi aku kamera dia memang mantap.. Bulu idong pon boley nampak (hehe, gurau je)
Power
  • Built-in rechargeable lithium-ion battery
  • Music playback time: Up to 40 hours when fully charged
  • Video playback time: Up to 8 hours when fully charged
  • Charging times: Fast charge in about 2 hours (80% capacity), full charge in about 4 hours
Bagi aku ipod ni memang dah mantap, tapi ada satu kekurangan je. Dia takda fungsi 3G or 4G. Makna kata, tak boleh masuk sim kadlah. Cuma boleh guna wifi, so... aku pon terpaksalah membatalkan niat aku untuk membeli ipod ni sebab aku nak guna plan internet celcom.

Itu sajalah yang boleh aku kongsikan. Kepada kawan-kawan yang masih tercari-cari gadget yang sesuai untuk korang macam aku ni, bolehlah konsider ipod 5..:)



STOP BLOGGING PORNOGRAPHY

Assalamualaikum..

Akhirnya, hari ini saya berkesempatan untuk menulis satu entry di blog ini selepas lama menyepi. Bukan apa, pegi bercuti ke Taman Negara. Lepastu sibuk dengan kelas psychy lagi.( Ceh,malas cakap jela malas, jangan nak bagi alasan).

Harini saya just nak bagi nasihat kepada rakan-rakan bloger yang ada di luar sana tu. Saya tahu, anda semua mahu menaikkan trafik ke blog anda. Anda semua mahu blog anda menjadi blog yang terkenal. Tetapi satu jelah nasihat saya..(Saya hanya menasihati) dengan rasa rendah diri saya menyeru kepada tuan-tuan yang budiman... Please la..jangan sebarkan artikel atau gambar yang bersifat pornografi... Gambar bogel, gambar separuh bogel, gambar sexy, tak kira la sama ada artis ataupun sesiapa sahaja.

Jika benar itu gambar hamba Allah tersebut, anda telah dikira membuka aibnya dan jika gambar itu hanya super impose ataupon photoshop.. Maka sangatlah durjana menyebarkan fitnah ke atas individu terbabit Harus anda ingat, pembaca material di internet ni bukan sahaja datang dari Malaysia, malah dari seluruh dunia. Sanggupkah anda minta maaf dari semua orang yang telah terlibat dengan bahan penerbitan anda itu.
Insaflah wahai tuan-tuan.Tahukah anda, selagi gambar itu beranda di blog anda, selagi itulah dosa akan mengalirlaju ke dalam buku catatan amalan anda...Sanggupkah? Banyakkah pahala kita untuk mengimbangi dosa yang banyak ini..Fikir-fikirkanlah. Saya menyeru..untuk diri saya sekali. STOP PORNOGRAPHY.

Hayatilah hadis-hadis berikut.

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

Sunday, 16 September 2012

PENGALAMAN MENJADI BLOG SPAM



Assalamualaikum...

Harini aku ingin bercerita sedikit pengalaman aku apabila blog aku telah dilabel sebagai blog spam oleh google...Memang sangat sedeh bila jadi blog spam ni..Sebab kita xleh nak buat ape2 dah kat blog kita..even nak post artikel pon x boleh...

Memule memang la terkejut dan suspen..."apahal ni...tetibe google bagi amaran nak delate blog aku dalam masa 20 hari"....dupdapdupdap je rase hati..kalau deorang delate, habisla sume hasil karya aku ni.waaaa..

Aku pon dengan tenang dan konfiden request kat google mintak google review blog aku balik.. Janganla kejam sangat google..aku bertambah konfiden apabila encik google ni cakap kadang-kadang deorang tersilap sebab yang flag blog and view blog sume robot deorang, bukannya manusia.

Aku sangat yakin yang deorang memang tersilap categorize blog aku as spam dan block terus... Akhirnya selepas 24 jam aku request review, blog aku telah bebas.. Bebas untuk masuk semula ke alam maya..Sama-sama berjuang dengan penuh semangat!!!! untuk jadi blog terhebat sama seperti blog-blog lain..

tQ encik google...len kali jangan la bagi aku suspen macam ni lagi..Kus semangat!!

Thursday, 13 September 2012

IPHONE 5 DIJADIKAN BAHAN LAWAK DI 9GAG

Pelancaran iphone terbaru daripada syarikat Apple sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat gadget-gadget di seluruh dunia. Ada yang memuji dan memberikan reaksi positif dan ada juga yang mengeji.. Terpulang kepada pendapat masing-masing. Bagi saya kalau tak suka jgnlah beli kan, tapi janganlah sampai kondem produk tu secara keterlaluan...




APPLE TELAH MELANCARKAN IPHONE5




Iphone 5 telah selamat dilancarkan tadi (12/9/2012) di Yerba Buena Center for the Arts San Francisco. 
Ia lebih nipis, ringan dan mempunyai skrin yang lebih besar. Keseluruhannya, ia diperbuat daripada 'glass' dan juga aluminium.

Jurucakap Apple berkata, ia hanya setebal 7.6 milimeter dan juga seberat 122 gram iaitu 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan daripada model yang sebelumnya Iphone 4S. Skrinnya pula selebar 4 inci dan menggunakan retina display dengan 1136x640 resolution dan 326 pixel density . Apa yang bestnya, model terbaru iphone ini mempunyai sokongan 4G dan juga menggunakan cip quad-core Cortex A6 processor. Makna kata..Menang lajulah processor dia.

Model terbaru ini menggunakan perisian IOS6 dan mampu bertahan selama 225 jam standy, 8 jam bercakap, 8 jam 3G dan juga 10 jam browsing. Dari segi kamera pula, ia masih menggunkan kamera 8 MP dengan fungsi HD videos 720p dan 3 mikrofon.

Selain itu model iphone 5 ini menggunakan connector baru yang tidak compatible dengan model yang lama. Ini adalah pembaharuan terbesar model ini.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini

1) iPhone 5 launch: Apple unveils new, thinner phone

2) Apple launches iPhone 5 with 4S price tags



CARA KEKALKAN PARAS KOLESTEROL



Assalamualaikum.

Harini, saya ingin berkongsi sekali lagi, bahaimana nak kekalkan paras kolesterol dalam badan kita. Sebut pasal kolesterol je, mesti ada orang yang takut dan bimbang. Sebenarnya kolesterol ada yang jahat dan baik. HDL adalah kolesterol yang baik dan VLDL adalah yang jahat ataupun merbahaya.

Oleh itu para pembaca.. Janganlah ada stikma buruk terhadap kolesterol..
Jom kita tengok bagaimana kita nak menjaga paras kolesterol di dalam badan kita.

1) Kurangkan pengambilan daging merah dan juga lemak haiwan.

2) Kurangkan memakan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati haiwan dan juga sesetengah makanan
    laut.

3) Bersenamlah secara berterusan kerana senaman dapat meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) di
    dalam badan. Seterusnya mengurangkan kadar kolesterol jahat.

4) Jangan mengambil alkohol kerana alkohol dapat menurunkan kadar HDL dan meningkatkan risiko
    serangan jantung.

5) Lesitin dapat mengelakkan pemendapan dan juga memudahkan penyikiran lemak di dalam badan.

Wednesday, 12 September 2012

SAYUR DAN BUAH YANG KAYA DENGAN AIR

Ini adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan air. Percentage tersebut mewakili jumlah cecair/ air yang terdapat dalam sayur tersebut.


KELEBIHAN MEMINUM AIR KOSONG PADA WAKTU PAGI [AMALKAN]


Assalamualaikum semua..

Petang ni saya ingin berkongsi sedikit tips yang sangat berguna untuk meningkatkan kesihatan, stamina dan juga dapat menurunkan berat badan anda [kurus!!].. Bunyi macam interesting bukan? Mesti anda bayangkan tips ni macam sesuatu yang rumit [jog 10km,berbasikal 20km]... tapi sebenarnya tak... Sangat simple.

Tips ini telah diajar oleh trainer saya 3 tahun lepas. Beliau telah berjaya shaping badan beliau dengan mantap sekali. Rahsianya... Hanya dengan meminum air kosong selepas anda bangun daripada tidur setiap hari..[waktu pagi selepas subuh].Bangun sahaja daripada tidur, kumur-kumur mulut sikit dan minum 2-3 gelas air kosong.. Penting tau mulakan hari anda dengan minum air kosong.. Its like "flushing" away all bad things from your body.

Alhamdulillah, saya dah amalkan untuk lebih 3 tahun..Memang kalau tak sempat minum air kosong pagi-pagi rasa tak sedap badan dah. Energy semua hilang.

Apa kelebihannya...

1) Memberi keseimbangan kepada system limfa anda.Semua glands dalam sistem limfa anda dapat berfungsi
    dengan baik, memberi keseimbangan kepada jumlah cecair dalam badan anda dan juga dapat membantu
    melawan jangkitan kuman.

2) Dapat menjadikan kulit anda kelihatan cantik dan bersinar. Air dapat membuang segala toxin dalam badan
    anda dan menyebabkan kulit anda menjadi beseri-seri dan bersinar sepanjang hari.

3) Dapat menurunkan berat badan anda. Meminum 16 ounce air setiap pagi  dapat meningkatkan
    metabolisma anda sehingga 24% pada waktu pagi.

4) Dapat meningkatkan penghasilan cell darah merah dan juga cell otot.

5) Meminum air pada waktu perut kosong [waktu pagi] dapat membersihkan perut anda dan dapat
    memudahkan penyerapan nutrisi apabila anda makan selepas itu.

Hope anda semua dapat amalkan ye.. Ilmu yang baik ada manfaatnya jika kita sampai-sampaikan kepada orang lain... TQ.:)

ALAMAK...AKU TERLUPA TUTUP ZIP SELUAR!!



Assalamualaikum,

Guys semua...pernah tak korang mengalami situasi di mana anda tertidur selepas makan tengahari. Pastu, anda ada kelas pulak pukul 3 petang..Anda jaga-jaga je...alamakk!!! dah pukul 2.45 petang, anda ada 15 minit sahaja untuk solat, bersiap-siap dan gerak ke kuliah.. Pulak tu, lacturer yang mengajar petang tu adalah lacturer yang paling garang di alam semesta.

Punyelah gelabah anda bersiap dan memecut kereta anda dengan kelajuan maksimum kuasa kuda tanpa menoleh ke belakang lagi.. Sampai-sampai saja di kelas anda pon mencari tempat duduk. Waktu tu lacturer yang garang tadi telah sampai. Maka, anda pon dipanggil.. "Hey, u with red shirt...why u come late? came and seat here!!".. Anda pon berjalan dengan tersipu-sipu malu ke depan....

Dengan tidak semena-mena rakan-rakan anda tak kira melayu cina, lelaki dan wanita tergelak dan berbisik-bisik... Anda hairan...Anda musykil.. Anda pelik... "knape dengan deorang ni? ape yang lucu sangatnye.. ermmm..bialah, mungkin aku hensem sangat kot harini..sume orang nak jeles"

Anda pon duduk di sebelah lacturer tersebut jauh dari rakan-rakan anda....Anda terus belajar seperti biasa. Semasa dalam kuliah, anda tiba-tiba dipanggil oleh lacturer untuk lead segment senaman ringan di hadapan.. Semuanya disebabkan oleh beberapa orang sahabat anda yang tertidur di dalam kelas, angkara aktiviti malam yang terlampau.

"Ok guys, renggangkan pinggang, bukak kaki, gelek sikit... one, two, three, four.. kiri pulak, one, two, three, four.."

"Hahaha"... Rakan-rakan anda ketawa kecil dan ada yang menahan ketawa..."Ape yang tak kena ni?" puas anda fikirkan.. "lantaklah..."... Kawan-kawan anda hanya mampu tersenyum dan ada yang menutup mata.. Semuanya takut untuk bersuara.. Takut ditengking lacturer garang...

Akhirnya.. kelas pon tamat..... Lacturer garang telah keluar... Rakan-rakan anda memang sedang menunggu saat-saat ini..Mereka terus datang ke arah anda..." Wei mat... Zip ko tak tutup, #$@%& ko dah nak terbang tadi.."...............................................................................................................................................
"Alamak!!!.......................................................................................................................................
Perasaannya tak terkata..Sangat hebat.... Mahu terjun lombong pon ada... "Malunya.huuuuuu".... Aku nak tukar course...Waaaa....

Pengajaran daripada cerita di atas- Guys, lambat macam mana pon please double check eh..Jangan sampai jadi macam cerita di atas..Semuanya dah tak berguna, nasi sudah menjadi bubur. Sayonara..:)

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI PDRM



Permohonan jawatan kosong di Polis Diraja Malaysia kini dibuka.

Jawatan yang ditawarkan adalah :

1) Inspektor

2) Sarjan

3) Konstabel

4) Konstabel Sokongan

- Jawatan ini terbuka untuk lelaki dan wanita.





TEMPAT PALING MENARIK DI SELURUH DUNIA (PART 4)

Assalamualaikum
 Artikel kali ini, saya sekali lagi ingin berkongsi tempat-tempat menarik di seluruh dunia memandangkan artikel yang lepas tentang tempat menarik sangat hits... Jom layannn... :).

 1) Fjadrargljufur, Iceland

2) Whitehaven Beach, Queensland, Australia

3) Hotel Hospes Maricel, Mallorca, Spain

4) El Nido Palawan Island, Phillippines

5) Central Park, New York City

6) Seven Sisters Waterfall, Norway

7) Folegandros, Greece.

8) The Sphinx, Giza, Egypt

9) Dingle Peninsula - Ireland


10) Green Lake in Upper Styria, Austria

11) Platja D'Aro, Girona, Spain

12) Emerald Lake, Alaska (Pic Lynn Zaik)

13) Lefkada Greece

14) Trolltunga - Odda, Norway

 Artikel Berkaitan :

1) TEMPAT PALING MENARIK DI SELURUH DUNIA (PART 1) 

2) TEMPAT PALING MENARIK DI SELURUH DUNIA (PART 2) 

3) TEMPAT PALING MENARIK DI SELURUH DUNIA (PART 3)

 




 

Sample text

Sample Text