Social Icons

Pages

Monday 15 October 2012

Hari pertama posting Dermatology

Posting specialize ni bagi aku tak la relaks sangat. Senior-senior aku kata 'relaksla, specialize je pon, boleh enjoy'. Apa yang aku rasa, ianya lebih indah khabar dari rupa. Sibuk jugak posting ni sebab masanya amat singkat. Hanya 2 minggu diperlukan untuk menghabiskan 5 posting (dermato,radio,anes,ent dan ophtal).


Sekarang aku dah masuk pada posting ke 2 iaitu posting dermatology, posting yang paling relaks, tak perlu nak isi log book, tak perlu nak buat case write up.Tugasku setiap hari hanya pergi ke klinik dan join klinik doktor. Lepak2 tengok tv dalam klinik...ahhh...indahnya rasa. Patient pun tak ramai. Sehari dalam 4-5 orang patient je kalau hari isnin. Ape yang ultimate bestnye, dermato ni takda exam akhir posting..yeyey...seronoknye.

Tetapi malangnya, dengan pemikiran yang sedemikian, aku dah mula menjadi malas, plus baru beli i pad kan.. Bertambah-tambah la malasnye. Asyik berkepit 24 jam je dengan wife baru aku iaitu ipad.heh.. Bahanyanya.. Pada hari pertama, aku terlewat bangun..dalam mimpi aku masih mengatakan yang hari ini masih lagi ahad..cuti..cuti..sambung tidur..( jahat betul mimpi aku tu). Sedar-sedar je..alamak, dah pukul 8.10!!!



Kelas pukul 8, plus aku tak iron baju n tak mandi lagi..fuh, dengan kelajuan maksimum aku mandi dan main pakai je baju yang berkedut tu. Moto pun aku pacu dengan kelajuan jet mengalahkan kelajuan cahaya.. Laju macam mana pun, aku tetap sampai 30 minit lewat..owh..



Sesampainya aku, rase berdebar-debar mula datang...Takutnya bukan kepalang, walaupun aku tahu dr yang mengajar harini sangat baik... Tapi yelah,orang dah buat salah kan, mestilah takut. Aku pun memberanikan diri masuk ke dalam kelas, masuk-masuk sahaja, satu keajaiban berlaku, komputer dr tiba-tiba shut down dan restart, so.. Dr takdalah nak perasan bila aku masuk..feww..lega boh..heh..

Pengajarannya,walaupun posting tu relaks,tapi janganla amek ringan..kene amek berat jugak sebab bila dah jadi HO, kita kena handle semua patient dan patient tu pulak datang dengan macam-macam penyakit sama ada yang common ataupun yang pelik.

So, pasni sape-sape yang mengidamkan kulit yang cantik bolehla contact saye ye.

Till then..assalamualaikum.

3 comments:

  1. Salam bro. Goodluck untuk hari-hari yang bakal mendatang. Aku sbnrnya tak tahu pun Dermatology tu apa... haha

    Okey. Ilmu medik berkaitan kulit (refer kamus). Hahaha

    Salam kenal bro. Moga dapat bersahabat dan berkongsi manfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, terima kasih wahai sahabat..:)

      Delete
  2. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text