Tuesday, 11 September 2012
SEGMEN TRIVIA: FAKTA ATAU AUTA [PART 4]
1) Anda memerlukan 1000 tahun untuk menonton semua video di dalam You Tube.
2) Terdapat 84 orang di USA bernama 'LOL'.
3) Jumlah bakteria yang terdapat di telefon bimbit melebihi jumlah bakteria yang terdapat di mangkuk tandas.
4) Perkataan 'Vanilla' berasal daripada perkataan Latin 'Vagina'.
5) Satu kajian di Universiti Oxford menyatakan bahawa apabila seseorang jatuh cinta, dia akan kehilangan 2
sahabat baiknya.
6) 28 June adalah hari 'CAPS LOCK' sedunia.
7) Jika anda kentut secara berterusan selama 6 tahun 6 bulan, kekuatannya menyamai letupan sebiji bom
atom.
8) Selepas 100 tahun daripada sekarang, Facebook akan mempunyai 500 juta akaun orang yang sudah
meninggal dunia.
9) Semua kucing disahkan berjalan berjinjit.
10) Pada kelajuan maksimum, tayar kereta F1 berputar 50 kali sesaat.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2012
Adik-adik boleh download Jadual dan maklumat tentang UPSR 2012
CLICK DI BAWAH
Pdf : Jadual waktu peperiksaan UPSR 2012
CLICK DI BAWAH
Pdf : Jadual waktu peperiksaan UPSR 2012
Jom Naikkan Trafik Blog!
Assalamualaikum semua..
Blog saya ni berkisar tentang fakta-fakta menarik dan juga kesihatan. Saya suka berkongsi ilmu-ilmu kesihatan dan fitness sesuai dengan kerja saya dalam sektor kesihatan
Saya juga suka menulis pengalaman-pengalaman...apa saja..Ikot mood..
SEGMEN TRIVIA: FAKTA ATAU AUTA [PART 3]
1) Gigi seekor tikus tidak akan berhanti membesar.
2) Di negara Arab Saudi tiada sungai.
3) Cuka dapat melarutkan mutiara.
4) Pepatung hanya mampu terbang. Ia hanya mampu hinggap seketika tetapi tidak boleh berjalan.
5) Restaurant McDonalds terbesar di dunia terletak di Beijing, China. Ia berkeluasan 8500 meter persegi
dan mempunyai 29 kaunter pembayaran.
6) Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari.
7) Kucing tidak suka membazir. Jika kita meletakkan susu di piring tiada setitis susupun yang tinggal.
Semuanya akan dijilat oleh kucing.
8) Ketakutan kepada janggut dipanggil pogonophobia.
9) Apabila anda bersin, hampir mustahil untuk membuka mata anda.
10) Nyamuk jantan tidak menggigit manusia.
PENYOKONG TEGAR DATO SERI NAJIB
Inilah dia muka-muka penyokong tegar Dato Seri Najib dan juga ibu Rosmah Mansor...
Semoga ukhwah yang dibina ini berkekalan...
Daripada Kelab penyokong Najib UIA
CERITA YANG TAKKAN HABIS
ALKISAH...
Di sebuah negara Far Far Away.... di zaman Hang tuah... Bersemayamnya seorang raja yang bijak laksana. Kerajaannya sejauh mata memandang, hasil buminya sangat kaya dan tidak terbilang..
Raja mempunyai seorang puteri yang sangat jelita. Bak puteri kayangan, keindahan wajahnya tiada tandingan.. Almaklumlah, kacukan 5 benua. Ramailah jejaka, tak kira rakyat jelata ataupun anak raja menggilainya.
Tetapi.. raja mempunyai rancangannya yang tersendiri, untuk mencari bakal suami yang terhebat di alam maya untuk dikahwinkan dengan sang puteri.
Pada suatu hari... " Hari ini, beta ingin membuat satu pengumuman kepada semua rakyat jelata. Beta akan mengadakan satu pertandingan bercerita. Sesiapa yang menang akan beta kahwinkan dengan puteri beta,Puteri Salji Putih.. Syaratnya, peserta tersebut hendaklah mereka satu cerita yang tidak ada penghujungnya. Cerita yang tidak akan habis. Jika cerita itu habis, maka dia dikira kalah dan akan dihukum pancung."
Siapa yang berani nak join.. Kalau kalah, hukuman mati menanti. Kalau menang dapat jadi raja kelak. Memang berbaloi kepada sesiapa yang berani.
Pada hari pertama pertandingan....trumpet ditiup... pep peremm pep pep pep pep peremm...
"Beta ucapkan selamat datang kepada rakyat jelata beta dan juga semua peserta, nampaknya hanya tiga orang peserta yang berani untuk sertai pertandingan ni.Beta persilakan peserta pertama"
Seorang lelaki gagah tampil.. "ampun tuanku, patik ingin bercerita satu kisah, kisah seorang pahlawan terbilang.."
Lelaki gagah tersebut bercerita tentang kisah seorang samurai yang sangat hebat. Samurai itu tidak pernah kalah dalam pertarungan.Dia bercerita dengan sangat detail sekali tentang perlawanan antara samurai dan juga pahlawan di seluruh dunia. Selepas satu pahlawan, satu pahlawan lagi. Ternyata, ceritanya sangat panjang sekali. 7 hari 7 malam tak habis lagi..akhirnya masuk hari ke lapan, lelaki gagah tersebut sudah kering idea.. Semua pahlawan telah dia ceritakan.. Tiada pahlawan lagi yang tinggal. Akhirnya dia mengaku kalah.... Tamatlah riwayat lelaki tersebut dipancung oleh raja.
Selepas itu, raja berkata
"Ada lagikah peserta yang ingin bercerita?"
Maka, tampillah seorang lelaki tua
"Tuanku, patik sahut cabaran tuanku"
Lelaki tua itu bercerita tentang seorang lelaki yang kaya. Kekayaanya sangat dahsyat. Qarun pun boleh kalah. Dia bercerita tentang perniagaan lelaki kaya tersebut. Barang yang dijual dan dibeli. Ceritannya sangat panjang. 4 bulan tak habis-habis. Akhirnya masuk bulan ke 5, dia tewas juga apabila semua barang di dunia ini sudah dijualkanya. Dia sudah tiada idea lagi mau goreng.
Maka kini tibalah giliran peserta terakhir. Seorang budak muda yang baru tamat SPM. Raja pon berkata..
"Kamu ni, betul ke nak sertai pertandingan ni? kamu tak takut mati? Beta bagi kamu peluang untuk tarik diri memandangkan kamu masih muda"
Budak itu pon berkata...
"Tidak tuanku.. patik sanggup..."
Raja terkejut dengan jawapan budak itu..
"Baiklah anak muda, teruskan"
Maka budak itupun mulalah bercerita
"Tersebutlah kisah.... di sebuah kampung yang bernama, 'Tidak Bernama'... Ada sebuah teratak buruk dan usang. Kawasan rumah tersebut tidak berjaga kerana tuannya telah meninggal dunia.. Maka banyaklah haiwan lain mula membuat sarang di situ tidak terkecuali sang anai-anai. Anai-anai tersebut telah membina sebuah busut dan seekor anai-anai masuk ke dalam sarang, seekor keluar, seekor lagi keluar, seekor masuk, seekor keluar dan seekor masuk................."
Raja mencelah.."Ai..takkan sekor je.."
"baiklah tuanku, seekor masuk, dua ekor keluar, dua ekor keluar, dua ekor masuk............"
Raja tidak puas hati "takkan sekor dan dua ekor je"
"baiklah, tiga ekor masuk, tiga ekor keluar, dua ekor masuk, empat ekor keluar................"
Raja menggeleng kepala.... Sampailah 6 bulan tanpa henti...cerita itu tak habis-habis. Raja pun sudah give up... Ternyata budak itulah pemenangnya... Maka berlangsunglah majlis gilang-gemilang...perkahwinan antara budak itu dan puteri salju puteh... END
LIRIK LAGU JERRYPAH - AIZAT
Aku memang minat ahhh dengan hasil karya aizat. Bagi aku terbaikk.'A' laa.. Memule aku tak tahu ni lagu aizat..dengar-dengar kat radio macam best. Tapi tak tahu siapa penyanyinye..Lepas aku tahu.Waww...Aizat rupenye..So,aku nak share r kat sini...Jom layann....
LIRIK
Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya
Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah
Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya
Selama-lamanya
Selamanya
LIRIK
Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya
Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah
Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya
Selama-lamanya
Selamanya
Subscribe to:
Posts (Atom)







