Social Icons

Pages

Saturday, 8 September 2012

PLEASE LAA....


  Assalamualaikum... Tadi saya baru pulang dari sebuah pasar raya.. yelah..shoping skit-sikit.. Pasar raya tu penuh dengan orang ramai. Mungkin sebab hari cuti.. Selepas memilih barang-barang yang hendak dibeli, sata pon pergilah ke kaunter bayaran. Memandangkan saya hanya beli 4-5 barang sahaja, saya pon pergilah ke kaunter ekspress... Kepada sesiapa yang tidak tahu ape itu kaunter ekspress, kaunter ini dikhaskan kepada pembeli yang hanya membeli 10 barang ke bawah..

   Punyelah ramai orang, sampai kaunter ekspress pon penuh.. Tiba-tiba adalah seorang hamba Allah ni datang entah dari mana potong line depan saya dengan membawa satu bakul penuh barang-barang....Fuuu...memangla sangat panas hati semasa tu.. kawan siap perli-perli lagi.."ehh,ehhh kaunter ekspress" hehe..Dengan muke yang ensem lagi selamba dia hanya tersenyum...Rupanya ramai lagi saya lihat orang ramai datang membawa bakul yang sarat dengan muatan ke kaunter ekspress..kaunter ni dah tak jadi ekspresslah.malulah kalau pelancong tengok.

   Ingatlah sahabat-sahabat, kehebatan, penghormatan dan juga kemajuan sesebuah bangsa itu diukur kepada mentaliti dan juga akhlak bangsa tersebut.. Saya mengimpikan bangsa kita mempunyai minda kelas pertama dan juga akhlak tip top selari dengan pegangan yang teguh kepada agama.. Ini adalah satu contoh yang saya suarakan dan harap jadikan pengajaran.. Ingatlah,orang lain juga punya perasaan.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text