Tuesday, 11 September 2012
CERITA YANG TAKKAN HABIS
ALKISAH...
Di sebuah negara Far Far Away.... di zaman Hang tuah... Bersemayamnya seorang raja yang bijak laksana. Kerajaannya sejauh mata memandang, hasil buminya sangat kaya dan tidak terbilang..
Raja mempunyai seorang puteri yang sangat jelita. Bak puteri kayangan, keindahan wajahnya tiada tandingan.. Almaklumlah, kacukan 5 benua. Ramailah jejaka, tak kira rakyat jelata ataupun anak raja menggilainya.
Tetapi.. raja mempunyai rancangannya yang tersendiri, untuk mencari bakal suami yang terhebat di alam maya untuk dikahwinkan dengan sang puteri.
Pada suatu hari... " Hari ini, beta ingin membuat satu pengumuman kepada semua rakyat jelata. Beta akan mengadakan satu pertandingan bercerita. Sesiapa yang menang akan beta kahwinkan dengan puteri beta,Puteri Salji Putih.. Syaratnya, peserta tersebut hendaklah mereka satu cerita yang tidak ada penghujungnya. Cerita yang tidak akan habis. Jika cerita itu habis, maka dia dikira kalah dan akan dihukum pancung."
Siapa yang berani nak join.. Kalau kalah, hukuman mati menanti. Kalau menang dapat jadi raja kelak. Memang berbaloi kepada sesiapa yang berani.
Pada hari pertama pertandingan....trumpet ditiup... pep peremm pep pep pep pep peremm...
"Beta ucapkan selamat datang kepada rakyat jelata beta dan juga semua peserta, nampaknya hanya tiga orang peserta yang berani untuk sertai pertandingan ni.Beta persilakan peserta pertama"
Seorang lelaki gagah tampil.. "ampun tuanku, patik ingin bercerita satu kisah, kisah seorang pahlawan terbilang.."
Lelaki gagah tersebut bercerita tentang kisah seorang samurai yang sangat hebat. Samurai itu tidak pernah kalah dalam pertarungan.Dia bercerita dengan sangat detail sekali tentang perlawanan antara samurai dan juga pahlawan di seluruh dunia. Selepas satu pahlawan, satu pahlawan lagi. Ternyata, ceritanya sangat panjang sekali. 7 hari 7 malam tak habis lagi..akhirnya masuk hari ke lapan, lelaki gagah tersebut sudah kering idea.. Semua pahlawan telah dia ceritakan.. Tiada pahlawan lagi yang tinggal. Akhirnya dia mengaku kalah.... Tamatlah riwayat lelaki tersebut dipancung oleh raja.
Selepas itu, raja berkata
"Ada lagikah peserta yang ingin bercerita?"
Maka, tampillah seorang lelaki tua
"Tuanku, patik sahut cabaran tuanku"
Lelaki tua itu bercerita tentang seorang lelaki yang kaya. Kekayaanya sangat dahsyat. Qarun pun boleh kalah. Dia bercerita tentang perniagaan lelaki kaya tersebut. Barang yang dijual dan dibeli. Ceritannya sangat panjang. 4 bulan tak habis-habis. Akhirnya masuk bulan ke 5, dia tewas juga apabila semua barang di dunia ini sudah dijualkanya. Dia sudah tiada idea lagi mau goreng.
Maka kini tibalah giliran peserta terakhir. Seorang budak muda yang baru tamat SPM. Raja pon berkata..
"Kamu ni, betul ke nak sertai pertandingan ni? kamu tak takut mati? Beta bagi kamu peluang untuk tarik diri memandangkan kamu masih muda"
Budak itu pon berkata...
"Tidak tuanku.. patik sanggup..."
Raja terkejut dengan jawapan budak itu..
"Baiklah anak muda, teruskan"
Maka budak itupun mulalah bercerita
"Tersebutlah kisah.... di sebuah kampung yang bernama, 'Tidak Bernama'... Ada sebuah teratak buruk dan usang. Kawasan rumah tersebut tidak berjaga kerana tuannya telah meninggal dunia.. Maka banyaklah haiwan lain mula membuat sarang di situ tidak terkecuali sang anai-anai. Anai-anai tersebut telah membina sebuah busut dan seekor anai-anai masuk ke dalam sarang, seekor keluar, seekor lagi keluar, seekor masuk, seekor keluar dan seekor masuk................."
Raja mencelah.."Ai..takkan sekor je.."
"baiklah tuanku, seekor masuk, dua ekor keluar, dua ekor keluar, dua ekor masuk............"
Raja tidak puas hati "takkan sekor dan dua ekor je"
"baiklah, tiga ekor masuk, tiga ekor keluar, dua ekor masuk, empat ekor keluar................"
Raja menggeleng kepala.... Sampailah 6 bulan tanpa henti...cerita itu tak habis-habis. Raja pun sudah give up... Ternyata budak itulah pemenangnya... Maka berlangsunglah majlis gilang-gemilang...perkahwinan antara budak itu dan puteri salju puteh... END
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good2x
ReplyDeleteHaha..tq... nilah karya merepek yang aku reka semasa di kelas..haha
ReplyDeletewaah menariik ceritanya yaaa :D
ReplyDelete