Saturday, 8 September 2012
CARA MENGEKALKAN CINTA
Assalamualaikum..
Harini saya rasa macam nak tulis cerita pasal cinta-cinta pulak... Sebab jeles juga tengok rakan-rakan yang sudah ada cinta hati masing-masing. Heppy je saya tengok hidup deorang....
Dalam bercinta ni.. tak semuanya best...bukannya setiap masa bahagia dan seronok...Korang tak percaya ke? haa..kalau tak percaya cubalah bercinta!!
Dalam cinta ni perlukan kesabaran.. Jangan asyik nak baran je.. Sepanjang pemerhatian sayalah.. kawan-kawan yang jenis baran ni selalunya dia kalau bercinta tak lama... Sapa boleh tahan kalau hari-hari kena marah kan..Yang kawin awal, yang jadi couple of the year ni selalunya yang jenis cool je..Macam mat Mat cool tu..heh.. Biasalah kalau pasangan anda buat hal skali sekala.. Mungkin angin dia x berapa baik (period mungkin). Jangan ingat perempuan je ada waktu moody.. Lelaki pun ada tau.. Lelaki pun ada kitaran bulanan macam perempuan juga..Tapi takdelah sampai keluar haid..Nanti pengsan pulak isteri.
Yang ke dua, ada perlukan komitmen dan kesetiaan.. Maaf saya cakap la, kepada anda yang jenis suka bersosial tu, kurang-kurangkanlah. Mungkin akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada pasangan. Jika anda inginkan hubungan yang long lasting lah...kalau anda hanya mahu suka-suka..ermm.. terpulang pada andalah.
Bagi saya, anda jangalah kedekut dan berkira sangat dengan pasangan..Kalau keluar asyik nak minta pasangan je keluarkan duit. Mereka tu bukannya mesin cop duit!!. Bagi yang perempuan pula, janganla asyik nak meminta pasangan anda tu macam-macam. Pening kepala dibuatnya tau.. Jangan nanti dia tinggalkan anda kerana dia anggap anda seorang kaki kikis
Dan yang terakhir... Janganla ego sangat.. Kalau lelaki ego tu boleh diterima lagi.. Kalau perempuan ego??
Aiyooo.. geleng kepala..Cuba anda tanya kepada kaum lelaki, berapa ramai yang boleh tahan dengan perempuan yang ego... Saya rasa tak ramai.. Oleh itu, anda telah mengecilkan skop carian anda jika anda ingin mencari jodoh.. Jika anda telah ada pasangan, mungkin sifat anda tu akan mencetuskan pergaduhan antara pasangan.. Bercinta ni pun ada pasang surutnya.. Macam berkahwin juga.. Awal bercinta semuanya manis, bila dah lama..2-3 tahun...Fikir-fikirkanlah...
Semoga anda sukses mengekalkan cinta anda hingga ke syurga.... Inshaallah..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment